500 LORI PASIR SEHARI KE SINGAPURA

Pengumuman seorang timbalan menteri bahawa 500 lori pasir di ekspot ke Singapura setiap hari telah mengundang persoalan. Dikhabarkan bahawa pasir itu adalah pasir silika yg merupakan bahan asas utk dibuat silika bertujuan dijadikan bahan asas dalam pembuatan wafer mikrochip komputer. Persoalannya adakah pasir itu 100% pasir silika atau hanya sekadar bertujuan membolehkan pengekspotan pasir ke negara tersebut. Seperti yg kita sedia maklum bahawa negara kecil itu memang memerlukan pasir demi menampung penempatan penduduknya pada masa hadapan seperti negara Belanda. Dan kita juga tahu bahawa kerajaan telah mengharamkan ekspot pasir ke luar negara terutamanya Singapura. Jika benar pasir itu mengandungi silika bermakna kita telah mengulangi sejarah penjualan air sungai kerana menjual pada harga murah dan selepas diproses akan dibeli semula pada harga yg mahal. Dan jika tidak benar pula bermakna ada tangan2 besar pembelot negara yg membelakangkan undang2 demi mengaut keuntungan dengan cara menjual khazanah negara.

Advertisements

20/01/2010 at 2:29 am Tinggalkan komen

Berbahasa MELAYU satu ciri 1Malaysia

1Malaysia adalah merupakan satu dasar yg menggalakan rakyat bersatu. Secara umumnya semua rakyat mengetahui bahawa negara ini adalah terdiri dari banyak bangsa. Dan banyak juga dialek bahasa pertuturannya. Maka di sinilah letaknya peranan bahasa dalam mengharmonikan perhubungan semua bangsa ini. Marilah kita lupakan seketika bahasa Inggeris dlm kontek harmoni rakyat Malaysia kerana ini bukanlah bahasa ibunda kepada kita semua. Masih ingatkah lagi pada sejarah Melaka dahulu. Dimana berbagai bangsa dunia datang berdagang & berasa selesa berkomunikasi sesama mereka tanpa masalah. Pada waktu itu bahasa Melayu telah menjadi bahasa pertuturan pada setiap aktiviti perdagangan & menjadi lingua franca. Dan kini cuba kita lihat pula di negara2 yg maju dlm dunia. Dimanakah diletakkan martabat bahasa mereka ditanahair mereka sendiri. Jadi berpandukan pada sejarah Melaka dahulu & contoh dari negara2 maju skrg apakah bahasa Melayu ini tidak mampu mengharmonikan & membawa kemajuan kpd rakyat negara ini.?

12/01/2010 at 10:08 pm Tinggalkan komen

UMNO : Juara rakyat atau juara sandiwara

10hb Januari bertempat di Bkt Sentosa, Rawang maka secara rasminya PM Najib selaku presiden UMNO telah melancarkan kempen ‘UMNO juara rakyat’. Tidaklah diketahui mengapa lokasi itu yg jadi pilihan. Dengan janji akan mengeluarkan peruntukan wang berjuta-juta bagi memperbaiki keadaan rumah pangsa yg uzur & dianggap sebagai rumah berhantu maka diberilah sambutan hangat sebahagian penduduk sana. Tetapi yg lebih meramaikan majlis adalah merupakan soldadu Umno sendiri yg datangnya dari luar. Persoalannya di sini adalah mengapakah penggunaan jentera & peruntukan kerajaan ini tetapi diwarwarkan sebagai dari Umno sendiri. Mengapakah wang itu tidak dari tabungan Umno sendiri bagi membuktikan kesungguhan Umno menjadi juara rakyat. Kempen yg seperti ini adalah merupakan satu lagi salahguna parti Umno mempergunakan jentera kerajaan demi utk kepentingan politiknya. Dan ia juga menyamai peruntukan segera yg diberi ketika kempen2 pilihanraya kecil apabila hari mengundi telah dekat. Jadi juara apakah Umno ini yg sebenarnya?

12/01/2010 at 5:55 am Tinggalkan komen

Isu kalimah Allah : Mengapa mesti berbalah

Isu kalimah Allah yg telah tercetus akibat keputusan hakim Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaannya kpd majalah mingguan Herald Katholik pada 31/12/2009 lalu telah merubah suasana aman harmoni di Malaysia. Amat malang sekali kerana ada pihak yg menggunakan pendekatan radikal atau pelampau dlm menanganinya. Ianya kelihatan bertambah buruk apabila ada beberapa buah gereja telah dibakar dgn menggunakan bom petrol. Dan yg lebih malang lagi adalah bangsa Melayu ini seakan berpecah & berbalah sesama sendiri serta menuding jari membuat tuduhan siapakah dalangnya & masing2 ibarat nak menonjolkan diri menjadi juara kepada rakyat yg berbangsa Melayu ini. Tidak sedarkah anda2 semua bahawa bangsa bukan Melayu skrg ini sedang duduk membaca berita2 terkini mengenai isu ini sambil bertepuk tangan. Mereka geli hati & ketawa pada perbalahan sesama Melayu ini & pada yg berniat jahat pula semakin sibuk merancang apakah strategi yg seterusnya. Sedarlah bangsaku, bersatu hatilah kita menangani isu ini. Demi ISLAM bersatulah kita

11/01/2010 at 11:52 pm Tinggalkan komen


Kategori

  • Blogroll

  • Link hiburan dan berita

  • Feeds